Thursday, November 15, 2012

Zyanne harap gandingan dengan adik cipta impak

KUALA LUMPUR - Perenang berirama kebangsaan, Zyanne Lee Zhien Huey berharap peluang berganding bersama adiknya, Zylane Lee Yhing Huey, buat kali pertama pada Kejohanan Renang Asia yang membuka tirainya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini, akan dapat mencipta impak besar, sekali gus meninggalkan kenangan manis untuk mereka berdua.
Renang berirama menjadi disiplin pertama dilangsungkan pada kejohanan edisi kesembilan itu, diikuti renang, terjun dan polo air bagi tempoh 10 hari akan datang.
Zyanne, 23, dipasangkan dengan Zylane yang usianya lebih muda tiga tahun itu berikutan ketiadaan perenang utama negara, Katrina Ann Hadi yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
“Saya dan Zylane pernah bertanding bersama, tetapi itu dalam acara berpasukan di Sukan SEA tahun lalu. Untuk duet, ia adalah kali pertama sebab Katrina tidak dapat pergi kerana kecederaan.
“Kami berharap untuk melakukan persembahan sempurna mungkin dalam kedua-dua rutin (teknikal dan bebas) dan cuba memperbaiki catatan mata yang diperolehi dalam pertandingan-pertandingan lalu," kata Zyanne yang membolot lima pingat emas Sukan SEA Indonesia tahun lalu.
Zyanne, yang juga mengungguli acara duet Kejohanan Akuatik Asia Tenggara pada Jun lalu bersama Katrina, sedar tahap saingan di peringkat Asia adalah pentas yang jauh berbeza namun tidak mahu terlalu pesimis mengenai peluang menaiki podium, biarpun tipis.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121115/su_10/Zyanne-harap-gandingan-dengan-adik-cipta-impak#ixzz3c4Jgd61H 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment