Thursday, June 4, 2015

Sukan SEA: Duet renang berirama sumbang emas pertama negara Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59136

KATRINA (kanan) dan Zylane mempamerkan aksi menarik. - Foto Osman Adnan
 SINGAPURA: Pasangan renang berirama menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-28 di Singapura selepas mengungguli acara duet di Pusat Akuatik OCBC, sebentar tadi. Tampil sebagai pasangan keempat memperagakan aksi, persembahan menarik Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee Ying Huey membolehkan mereka menghuni kedudukan teratas daripada enam negara peserta dengan mengumpul 150.9103 mata.
ZYLANE dan Katrina (kanan) menunjukkan pingat emas yang dimenangi. - Foto Osman Adnan

ZYLANE dan Katrina (kanan) menunjukkan pingat emas yang dimenangi. - Foto Osman Adnan Kejayaan itu mengecewakan impian tuan rumah, Singapura menambah emas kedua dalam saingan renang berirama apabila terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 149.8372 mata. Indonesia melengkapkan kedudukan podium apabila meraih gangsa dengan 139.0880 mata.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59136

No comments:

Post a Comment